Langgar Lari Pelumba Basikal Rafizi Hamdan

Dalam berita tv3 tadi ada cerita kisah langgar lari pelumba kelab basikal Le Tua Rafizi Hamdan berumur 37 tahun. Rafizi Hamdan maut di tempat kejadian. Salam takziah di ucapkan kepada keluarga Arwah Rafizi Hamdan.Kemalangan tidak diduga. Kejadian di percayai belaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi tadi.Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa, dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan, dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju.

langgar lari pelumba basikal

Petikan berita berkenaan langgar lari ini :

Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa.

Rafizi yang dikatakan dalam perjalanan mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kejadian langgar lari namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati pemandu kereta gagal mengawal keretanya lalu merempuh basikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak,” katanya.

Katanya, usaha mengesan pemandu terbabit giat dijalankan dan pihaknya yakin mangsa dapat diberkas dalam masa terdekat berdasarkan nombor pendaftaran yang ditemui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Bagus betul buat penat je lari , tapi no plat kereta tinggal ..jelas pula tu ..Ini lah contoh kejadian , bila tuhan nak tunjukkan kebenaran maka dia akan tunjuk on the spot, walaupun laju mana kita pecut kereta. Takut juga bila kenangkan kisah kemalangan ni , sebab di jalanraya , apa-apa je boleh berlaku.

kredit : ctnhoney & ondscene

Kejadian ini betul-betul megemparkan.

20 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *