Kura – kura

Red- Eared Slider – jenis kura-kura yang saya bela. Dah bela hampir 6 bulan. Dari kecik sebesar duit 50 sen , sekarang dah besar tapak tangan. Yang betina tu lagi cepat besar dari jantan. Kemain. Kura-kura saya belum ada nama , oh dah 6 bulan masih tak ada nama ye. Paling lemah nak bagi nama pada binatang peliharaan ni. Tapi suka bela binatang. Dulu bela kucing. KUCING masih ada dengan sepupu dan rumah mak. Tak sesuai beli di rumah tak ada tanah.

kura - kura 1

Kura-kura ni terputus makanan dah dua hari. kesian cuti CNY kedai semua tutup. Saya pun lupa nak beli sebelum makanan betul-betul habis. Nah kena makan sayur.. padan muka dia.. baru pertama kali cuba. Tak tau la ada selera makan ke tidak tuh.

Oh kura-kura saya bukan duduk dalam bekas dalam gambar tu ye. Itu bekas sementara je sementara akuarium dia di cuci. Dia ada tempat khas , dengan hiasan batu. Mesti ada tempat untuk berenang dan tempat berjemur. Kura-kura kan dua alam.

kura - kura 2

Pertama kali makan sayur selepas 6 bulan jadi anak angkat puanbee hehehe .. apa pun mereka sangat aktif dan sihat. Senang jaga kura-kura ni , bagi makan dan rajin cuci bekas dia je. Dan kura-kura ni bijak juga nampaknya. Pandai juga buat perangai minta makan jika lapar.

21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *