Kempen Senyum , Tapi Tak Nak Senyum

Hari ni , agak lewat nak berkepit dengan blog , maaf ye peminat sekalin yang berapa kali datang dan hampa sebab tak hupdate blog? perasan .. wakakak .. tak de lah .. hari ni punya lah saya letih bagai nak pengsan rasanya ..

Kempen senyum sedang berlangsung di klinik kesukaan kami , hahaha..

kempen senyum di klinik

Tapi kami tak nak senyum hokey .. baby dari semalam meragam , muntah , tak boleh tidur sebab demam panas .. so .. pagi tu saya hantar kakak , balik buat kerja rumah , masak bagai , basuh kain baju muntah si laila yang melambak ibarat kedai dobi tu ..

Jam 10.30 am tu hantar una ke tadika , dia pergi mengaji dulu , lepas tu baru masuk kelas jam 11.00 am , lepas tu ambik si kakak lak ..

sambil bodek , angry bird
sambil bodek , angry bird

Bawak baby g klinik , dalam 11.30 am kan , tunggu punya tunggu di klinik tu , dah dekat nak kul 1 pm , time kakak nak kesekolah , lepas ambik ubat semua balik rumah , siapkan kakak lak ..

Hantar kakak ke sekolah , lepas tu si pakcik (adik bee) kalut ajak pergi kedai potong rambut , memandangkan dia tu kerja susah nak ambik cuti , layankan , lagi pun dia baru je datang dan tinggal dengan saya .. masa pakcik potong rambut , tukang gunting rambutnya perempuan , perghh body mantop , anak 4 sudah .. umur pun 34 .. terus saya rasa semangat nak diet lagi ..

Lepas pakcik dah siap potong rambut , ambik una ..

Pergi pejabat pos untuk poskan hadiah pemenang bebel untuk contest gadjet impian dan juga surat khabar sinar harian tuk kak mimi dan zie fauzi , maaf ye semua lambat sikit , agak susah nak ke pejabat pos jika anak-anak dah mula sekolah ni , nasib baik hari ni ada pembantu nak tolong pegangkan baby hehehe .. tu yang di gagahkan juga untuk ke pejabat pos. Saya dah balut punya lama barang-barang tu , cuma masa je tak de yang sesuai untuk ke pejabat pos.

tak nak senyum tau ..
tak nak senyum tau ..

Lepas tu , saya mengidam roti canai , dari pagi duk terfikir nak makan roti canai , masa bawak baby pergi klinik memang nak makan roti canai , last bila pergi kedai semua tutup dah , sebab dah lepas 12 tengah hari . Siap dah order air tu , elok mintak roti canai dia cakap tak de, 3 buah kedai saya cari roti canai tau … sampai terliur lah duk fikir roti canai je ..

una dah berselera makan
una dah berselera makan

Nasib di tecso ni ada roti canai … pejabat pos dalam tesco juga .. so makan ler dengan una yang dah memang peminat roti canai juga ..perghh layan.. Una dah kurus kering lepas demam dan muntah2 seminggu lepas , tengah nak naikkan berat badan una semula , sedih tengok anak-anak tinggal tulang ni , masa ni kakak dah pergi sekolah , so tak da cerita kakak ek ..

baring di kedai makan
baring di kedai makan

Baby asyik baring je , di kedai makan baring , di klinik baring siap bawak kain batik .. buat macam rumah sendiri ek .. hahah .. lantak lah .. oppss lupa , masa pergi klinik , jururawat yang memang dah kenal dia tegur kali pertama tengok baby..

“eh diam je hari ni , tak nak nyanyi-nyanyi ke ?”

haha kelakar lak , baby kalau sihat nyanyi je manjang tak kira tempat ..

contoh bila nampak baby lain yang kecik-kecik tu , dia akan berdiri dekat baby tu , sambil tepuk tangan sambil nyanyi Tepuk Amai-amai Belalang Kupu-Kupu .. versi dia lah , dengan pelat-pelat dan ada lirik yang lupa dan ditokok tambah , atau di mana-mana naik kerusi berdiri sambil nyanyi lagi Cik Baba dan Cik nyonya , tu orang boleh kenal dia ..

baring lagi
baring lagi

Kat rumah lak , orang nak tengok kartun , dia pun nak tengok tapu tak larat nak duduk dan angkat kepala , susu pun tak laku dah …. biasa cepat je habis ..

Oh baby , cepatlah sihat .. dalam demam mintak angry bird , siap order kat ayah tu .. esoklah beli ..kesian lak tengok dia gitu ..

 

39 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *