Kalau loya boleh cuba Anmum Materna perisa vanilla mango

Kalau ada ibu-ibu yang sedang di awal trimester kehamilan yang merasa loya ketika minum susu ibu mengandung tu , mari lah cuba Anmum Materna perisa vanilla manggo ni. Saya dah cuba ke tiga-tiga jenis , coklat , biasa dan manggo vanilla. Perisa coklat dan biasa tak kena dengan selera . Mesti muntah punya la .

anmum materna perisa vanilla manggo

Biasa bagi saya di awal kehamilan , agak susah nak makan mahupun minum apa-apa makanan yang berlemak. Jadi Susu perasa vanilla manggo ni ok la juga. Rasa macan yougurt pun ada.

Boleh la kurang sikit loya tu , tapi tetap tak berapa boleh masuk la bagi saya. Berat turun menjadi-jadi. Alahai kalau tak mengandung berat badan turun macam ni , memang best lah ..

Susu untuk ibu mengandung adalah penting untuk perkembangan dan pertumbuhan janin serta meningkat folat dalam darah. Dua kali sehari dah cukup. 🙂

Sekali lagi … bukan iklan saja berkongsi 🙂

17 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *