Ikan Patin R&R Lanchang

R&R Lancang terletak di dalam laluan LPT Highway (Lebuhraya Pantai Timur). Saya bergerak dari Gambang ke arah Kuala Lumpur. Saya dengar R&R Lanchang ni ada kisah seram nya ye ? LPT pun sama ye ? Allhamdulillah kami ke gambang tu pukul 11 malam dari KL , singgah juga di R&R dalam jam 2 pagi tak ada apa-apa usikan. Saya tak nak cerita kisah seram tu , nak cerita pasai ikan patin dia sedap sangat.
2015-09-11 18.52.13

Pertama kali saya makan ikan patin masak lemak sedap. Serius .. tak pernah rasa lagi ikan patin masak lemak pahang. Kedai makan nombor berapa tak ingat dah , tapi ada 2 je kedai yang jual masak lemak ikan patin ni , ada 2 jenis ikan patin juga , ikan patin sangkar atau ikan patin buah. Saya tanya apa beza dia , adik kedai tu cakap ikan patin buah lebih manis. 
2015-09-11 18.52.37

Selain ikan patin saya ambik masak lemak rebung dengan ikan masin , sedapnyaaa .. semua sedap. Di tambah pula dengan telur masin kan. Sebenarnya mula-mula saya tak nak pun makan di sini , konon nak pekena sate kajang ke. Tapi lapar ya ampun.

2015-09-11 18.52.44

Gambar sikit je la , tak sempat nak selfie dah semua pun lapar . Maklumlah dah penat berjimba di gambang tu ,dan tak makan tengah hari pun.
2015-09-11 18.53.08

Sedap serius sedap , kalau singgah R&R Lancang jangan lupa cuba , pasti teringat-ingat nak makan ikan patin masak lemak. Oh saya pilih ikan patin buah ye. Kalau sesaja nak pergi makan kenalah sesaja pergi Gambang waterpark pula. Haha nangis laki den.

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *