Gambar Mercedes AMG Petronas F1 – KLCC

Pagi tadi pergi meneman kak yanmieonline meeting di KLCC , kononnya lah teman kan , tapi saya balik awal. Dah pergi ke KLCC tu alang-alang singgah kejap di Pameran Kereta F1 bagi mempromosikan Grand Prix Formula One Malaysia 2012 di ruang legar KLCC , alahai seronoknya kalau punyai banyak masa untuk belek-belek apa yang di pamerkan , saya agak terkejar-kejar pagi tadi sempat tengok kereta ini dan ambil gambar pun dua saja.

Gambar F1 klcc Mercedes AMG Petronas F1

Jika orang tanya saya peminat siapa ? saya jawab ..saya minat apa yang terpampang dalam gambar tu aje.

Gambar kereta F1 klcc

Sekali lagi Malaysia menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Grand Prix Formula 1 untuk tahun 2012 bermula 23 mac 2012 hingga 25 Mac 2012. Pasukan Mercedes AMG Petronas [F1] akan turut membuat persembahan. Pemandu yang terlibat Pastor Maldonado (Williams), Jean-Eric Vergne (Toro Rosso), Sergio Perez (Sauber), Michael Schumacher (Mercedes), Jenson Button (McLaren), Fernando Alonso ( Ferrari).

Korang peminat F1 ke ? Apa yang sanggup korang buat kalau minat sangat tu ? – survey suka-suka :)

21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *