Finalis AJL 27 : Siapa yang menjadi Juara ??

Suka lagu ? Anugerah Juara Lagu ke 27 ( AJL27 ) akan ke udara tak lama lagi. Diantara 12 lagu-lagu yang tersenarai sebagai finalis AJL 27 kali ini , ada beberapa yang menjadi lagu kegemaran saya. Hoho .. siapa yang kenal saya sejak 5 tahun lepas mereka tahu siapa penyanyi kegemaran saya. Suka sangat-sangat apabila beliau tersenarai walaupun penyanyi seusia beliau yang lain dah lama menyepikan diri. Siapa agaknya ?

AJL 27 - juara ajl 27

Senarai finalis AJL27 di bawah :

  1. Simetri – Hazama & Amy Search
  2. Idola  – Azlan & The Typewriter
  3. Pelangi Senja  – Stacy
  4. Terukir Di Bintang  – Yuna
  5. Tanpamu  – Amir Jahari
  6. Ombak Rindu  – Hafiz & Adira
  7. Lagu  – Bedroom Sanctuary
  8. Teman Pengganti     – Black & Malique
  9. Andaiku Bercinta Lagi  – Mojo
  10. Patah Seribu – Shila Amzah
  11. Ku Akui  – Hafiz
  12. Anak Kampung –  One Nation Emcees & Jimmy Palikat

Semua lagu di atas biasa di dengar kecuali satu , lagu bertajuk Lagu dari Bedroom Sanctuay , tak pernah dengar la .. ok ketinggalan sikit puanbee. Haa apa pun tak sabar menunggu tarikh persembahan Anugerah Juara Lagu 27 ini di TV3.

SHAH ALAM, 26 NOV 2012: Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu yang ke 27 (AJL 27) sebaik sahaja tamatnya Muzik Muzik Separuh Akhir 27 yang berlangsung di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Tahniah diucapakan kepada pencipta lagu dan penyanyi yang berjaya dan akan berentap di pentas AJL 27 pada 6 Januari 2013.

Semua penyanyi yang layak berjaya membawa sebuah lagu yang dinyanyikan oleh mereka kecuali Hafiz Suip apabila dua buah lagu yang dinyanyikannya iaitu Ku Akui dan Ombak Rindu (bersama Adira) tersenarai ke AJL 27.

Selain Hafiz, antara nama-nama penyanyi lain yang sekali lagi berjaya ke AJL adalah seperti Yuna, Stacy, Spider, Amy Search dan Shila Amzah. – MURAI.COM.MY

Semua keputusan pemarkahan hasil dari juri professional.

P/S : Tahniah di ucapkan buat semua penyanyi yang layak ke peringkat akhir AJL27 ini. Semoga berjaya.

12 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *