Niat Puasa , Niat Berbuka Puasa , Niat Puasa Sebulan , Niat Sesudah berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

Ramadham pun dah semakin hampir , sekarang ni tengah bertungkus lumus mengajar si kakak dan una Niat Puasa , Niat Berbuka Puasa , Niat Puasa Sebulan , Niat Sesudah berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan. nanti .. tak nak bila dah sampai masanya mereka menggelabah , tahun lepas dah ajar sikakak , tapi bila tanya tahun ini kakak dah lupa , maklumlah umurnya tahun lepas baru je 6 tahun , una tak tahu lah boleh atau tidak menahan diri dari lapar dan dahaga tu , tak boleh paksa , kalau una nak berpuasa tak kisah , kalau tak nak pun tak kisah , una baru je 4 tahun kan..

Semoga tahun 2011 ini , puasa kita di terima Oleh Nya Dan di permudah kan segala urusan , nak bercerita perkara di atas je sebenarnya , dah alang-alang share lah doa dan niat untuk berpuasa di bulan ramadhan nanti kan..

Niat Sebulan Berpuasa Di Bulan Ramadhan (Untuk semua doa di bawah saya ambil di Zelo55.com)



Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niat harian puasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doa berbuka puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doa sesudah berbuka

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Haa amacam ?? dah ingat balik semua doa kan. jangan lupa ye ..

Tinggal lagi beberapa hari je.. saya selaku admin puanbee.com ingin minta maaf jika ada sesiapa terasa hati .. moga Ibadah kita kali ini berjalan lancar dengan Izin- NYA ..

Niat Puasa , Niat Berbuka Puasa , Niat Puasa Sebulan , Niat Sesudah berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

Selamat berpuasa …

Related :

  1. Niat puasa untuk sebulan di bulan Ramadhan ( Dalam Bahasa Jawi & Maknanya )
  2. Lafaz niat puasa harian di bulan Ramadhan dan makna
  3. Doa berbuka puasa dan doa sesudah berbuka puasa
32 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *