Di HKL (Hospital Kuala Lumpur)

Saya menghabiskan masa lebih kurang 4 jam mencari parking di Hkl , saya ke hkl untuk melawat dan menghantar kakak saya bagi memandikan pesakit dan sebagainya. Bayangkan kita sampai di HKL lebih kurang jam 12.30 tengah hari , dan berpusing mencari parking berjam-jam lamanya , sedar tak sedar jam dah pun menjukkan pukul 3 petang.

Nak atau tak nak , selepas pusing cari parking berjam-jam , sehingga kan keluar masuk pintu HKL tu pun masih tak jumpa parking kosong , saya terpaksa lah berhentikan kakak saya di tepi jalan , jauh dari ward , terpaksa .. dalam keadaan hujan , dalam kereta ada baby 8 bulan anak si kakak , dengan budak-budak lain seramai 4 orang , cuba bayangkan bagaimana keadaan anak-anak tu ?

Di Hkl

Ye lah sepatutnya tak bawa anak-anak ke Hospital saya faham , tapi tak semua orang ada maid , tak semua orang ada orang nak bantu atau boleh tinggalkan anak-anak tu .. betul tak ? Lagi-lagi baby 8 bulan tu menyusu badan , memang tak boleh tinggal , kena bawa dia walaubagaimana pun , kalau tak mau sesak nafas si kecik tu menagis.

Di Hkl

Sekali tempat saya parking tu pun tepi jalan menggangu perjalanan kereta lain , terpaksa lah saya alihkan kereta , si baby dah menagis kuat , saya menggelabah , yang lain merengek nak ke tandas , cuaca lak sejuk hujan .. dah le kena drive lagi , saya pusing-pusing lagi cari parking , pun tak ada ..

Akhirnya ada tempat parking OKU , saya terus masuk , daripada saya memandu dalam keadaan yang mengelabah , hujan dan sesak, dengan suara baby yang menagis ala-ala macam nak sesak nafas je , lebih baik saya park aja disitu.

Di Hkl

Elok je saya parking , ada pemandu ambulans cakap

” itu tempat OKU sahaja lah . “

Saya mejelaskan

” Maaf encik , saya terpaksa , ini baby sudah menagis kuat , emaknya terpaksa ke ward memandangkan dari tadi selama 4 jam kami mencari parking tak jumpa , emaknya memang terpaksa naik ke atas , jururawat pun asyik call nak dapatkan tandatangan untuk buat pembedahan ayah baby tu .. terpaksa lah uncle. saya tak boleh drive dengan baby nagis kuat-kuat macam ni , nanti berlanggar lagi susah.”

Pemandu ambulan tu orang india , tapi dia faham apa yang saya cakap , nasib baik …

Datang lagi seorang polis bantuan , saya pun jelaskan perkara yang sama juga.. Nasib baik , polis ni pun faham .. Polis bantuan tu memberi amaran , sekejap sahaja yang boleh .. bagi saya sekejap pun tak apa , sebab saya dah call mak baby tu supaya datang ambil baby cepat, dah teruk sangat menagisnya.

lapar sudah
laila – lapar sudah

Lepas tu pemandu ambulan tu menyuruh saya bawak semua budak-budak keluar , duduk di tepi kalau dalam kereta nanti orang marah katanya… ok saya ikutkan saja , asalkan baby tak menagis lagi.

Kemudian , ada polis bantuan yang lain 3 orang , masing-masing membelek kereta saya , saya hanya memerhatikan dari dekat , sebelah kereta tu je , pemandu ambulan tadi , angkat tangan menyuruh saya diamkan saja , kelak kalau mereka tahu saya parking disitu bising kata pemandu ambulan tersebut.

drive cr parking di hkl

Ok ..saya layan kan saja lah .. ikutkan nak bagi tau je kereta tu saya yang punya.

Sambil melayan baby yang menagis tu , saya tengok-tengok juga apa kata mereka terhadap kereta tu .. Nak tahu ?

Polis bantuan bertiga tu macam samseng ..

Serius macam samseng ..

Salah seorang dari bertiga tu banyak mulut , yang lagi 2 ok tak lah banyak sangat ..

” Ni sapa punya kereta ni ? ”
” Tak tahu ke ini tempat OKU ? ”
” Meh sini aku nak OKU kan dia.. Bodoh betul ..”
” Bodoh .. bodoh … ”
” Apa ingat ada sticker askar boleh buat sesuka hati ke ? besaq sangat dia ..”

itu lah apa yang saya dengar , menyirap darah beb .. tapi saya diamkan saja lah , dah pemandu ambulan tu duk suruh dia dengan buat isyarat dari jauh.

Tiba-tiba datang Polis bantuan yang mula-mula tegur saya sebelum ni .. sekali Polis bantuan yang tahu siapa pemandu kereta kelabu tu menunjuk ke arah saya , sambil berkata ..

” Kakak tu punya kereta , dia terpaksa parking .. tak pa lah ..”

Saya pun , perghh dah bocor kan .. terpaksa lah berhadapan dengan polis bantuan bertiga tu ..

Nak tak nak saya explainkan lah ..

Polis bantuan yang telah malu kerana memaki hamun di depan saya pun , apa lagi nak cover malu agaknya , terus mempertahan kan kata-kata dia ..

” akak tak boleh parking sini kak .. sini tempat OKU je ,memang lah akak parking tu dah betul, habis semua sesak ni akak lah punya pasal katanya .. “

” ehh .. tak kan kerana aku jalan sesak .. macam tak logik lak , tempat parking tu memang tempat parking , bukan saya parking tempat bukan parking , pelik betul .. saya dah cakap , saya parking sekejap je , sementara mak budak ni nak datang ambil dia , bukan tak nak cari parking , saya dah pusing cari parking sampai 4 jam , budak-budak biasalah mana boleh duduk dalam kereta sampai 4 jam. “

Polis bantuan masih bebel marahkan saya , dia tinggikan suara ,

” Haaa akak call mak dia cepat suruh datang ubah kereta ni , “

Saya cakaplah , ” saya yang drive bukan mak dia , saya nak hantar baby ni ke mak dia , dia menangis ni , bukan boleh nak drive dalam keadaan gini , nanti belanggar lak dengan kereta lain , awak pun nampak kan jalan sesak.

” Haaa akk cepat call mak dia , ubah kereta ni cepat-cepat . “

Saya jawab lagi … ” yee saya dah call , awak ni tak faham betul lah ..”

Polis tu masih tak puas hati dengan saya , kawan dia yang lagi 3 dah pergi tinggalkan dia seorang , agaknya kawan-kawan nya pun malas nak layan ..

Lepas tu saya malas nak dengar bebel dari dia lagi , saya layan kan baby yang menagis makin kuat , makin kuat tu , tak guna layan orang yang tak tahu bertimbang rasa tu.

ariff
ariff

Tak lama kemudian mak baby dah sampai lepas dia ambil baby baru saya terus masuk dalam kereta dan teruskan cari parking .Malu woii bertekak begitu di depan ramai orang , apa polis bantuan yang pakai uniform polis memang tak boleh bertimbang rasa kah ?

Tempat parking tu memang tempat parking bukannya saya halang jalan sampai sesak pun HKL memang dah sesak. Dan satu lagi dah saya cakap , saya parking pun sekejap je sementara nak tunggu mak baby tu datang , kenapa mesti polis bantuan tu nak jerit pekik depan saya sampai semua orang disitu memandang ? malu sungguh .. itu belum lagi selesai kena pergi cari parking lagi , lepas tu baru boleh cari tempat untuk buat susu anak dan bawak budak-budak ni ke tandas , maklum lah berjam-jam dalam kereta .. sejuk hujan .. lepas parking kena pula berjalan cari tanda , HKL memang tak mesra pengguna lah ..

una

HKL patut sediakan parking khas untuk ibu dengan anak-anak kecil ni , Ya Allah pergi tesco pun ada parking khas tuk ibu dan anak-anak , sah sah anak-anak ni agak susah nak berjalan kalau parking tu jauh dan bila tiba-tiba ada kesulitan dan kecemasan yang perlukan ibu bawa anak ke hospital untuk rawatan , tiba-tiba kena cari parking dulu baru boleh rawat anaknya tu ? tak ke arwah anaknya tu dulu baru dapat parking kalau gitu rupanya susah sangat nak cari parking HKL tu ..

Harap HKL dapat sediakan parking secukupnya ..

kecewa~

Tips : kalau nak ke HKL , pergi lepas jam 4 petang baru ada parking , keesokkan harinya saya pergi lewat sikit , lepas jam 4 ptg terus ada parking tak perlu pusing-pusing macam saya tu.

45 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *