Debaran Keputusan Terengganu vs Negeri Sembilan Piala Malaysia

Keputusan Final Piala Malaysia

Berdebar kan tunggu keputusan Terengganu Vs Negeri Sembilan yang akan berentap bagi merebut Piala Malaysia di pusingan akhir pada 29 oktober 2011. Segala teka teki akan terjawab bagi siapa bakal menjuarai Piala Malaysia 2011. Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. Siaran langsung di saluran TV1 dari Stadium Shah Alam itu bermula jam 8.40 malam. Tak ketinggalan juga Astro akan menayangkan perlawanan ini secara live dari Astro Arena jam 8 malam .

Keputusan terengganu vs negeri sembilan dalam merebut Piala Malaysia

Walaupun dilanda sedikit kontroversi dengan harga tiket perlawanan Akhir Piala Malaysia yang melonjak naik mencecah RM50 , dan setiausaha FAM menyatakan penyokong berhak memboikot perlawanan akhir Piala Malaysia , diharapkan para penyokong tetap bersemangat untuk datang ke stadium ,untuk memberikan sokongan terhadap pasukan Perlawanan Akhir Piala Malaysia masing2.

Petikan Berita mengenai Harga tiket Piala Malaysia , Laman Web FAM yang di godam serta banggunan FAM disimbah cat.


Sebanyak 16,000 baki tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu akan dijual di kaunter tiket Stadium Shah Alam mulai 9 pagi ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata harga tiket kekal RM50.

Beliau berkata daripada 70,000 tiket yang dicetak FAM, sebanyak 54,000 telah dijual kepada penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu di tempat masing-masing.

Sebanyak 30,000 dijual oleh PBNT (Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu) manakala hampir 24,000 tiket dijual oleh PBNS (Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan) sehingga hari ini,katanya.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata isu tiket mahal tidak timbul kerana ia sudah dipersetujui persatuan bola sepak kedua-dua negeri itu.

Azzudin juga meminta peminat Skuad Penyu dan Skuad Rusa supaya mengawal disiplin ketika berada di luar dan di dalam stadium, jika tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Mengenai laman web rasmi FAM yang digodam, beliau berkata laporan polis dibuat semalam.

Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Tuanku Presiden (Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah) dan baginda bertitah (FAM) tidak perlu mudah melatah dalam hal ini,katanya.

Beliau juga mengkritik tindakan penggodam yang mengubah bentuk logo FAM kepada seekor khinzir, dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak beretika.

Laman web rasmi FAM, www.fam.org.my, yang turut dimasukkan dua rakaman video berunsur provokasi, tidak berfungsi seperti biasa mulai lewat malam kelmarin.

Rabu lepas, bangunan FAM di Kelana Jaya disimbah cat sebagai tanda bantahan terhadap harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dinaikkan ke RM50 berbanding RM30 sebelum ini.

Memang terlalu banyak isu berkenaan harga tiket ni , bagi saya tak perlu lah di jadikan isu kan , kalau rasa nak support terus je beli tiket tu , tak suka kita tengok je di TV , internet pun banyak Live Streaming bagai .. hehe ntah saya orang perempuan tak lah terlalu bersemangat dengan bola ni .. mungkin sebab tu saya tak ambil pusing pasal tiket ni kan , bawak-bawak lah besabar ekkk !

Yang penting keputusan Terengganu vs Negeri Sembilan tu nanti cam mana kan ?

apa pendapat korang ?

35 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *