Cemburu tanda belum masa boleh ada adik

Orang kata lah …. bila anak cemburu sangat bermakna dia belum bersedia nak ada adik.. si laila ni memang nampak lain sikit dari kakak-kakak dia. Dulu aliya .. umur 3 tahun pun dah pandai sukakan baby atau kanak-kanak lain , mesti aliya akan pandai melayan dan buat perangai baik-baik.

Husna pula kecik lagi dah dapat adik .. so tak sempat nampak dia cemburu atau tidak. Walaupun husna manja tetapi husna faham bila orang cakap apa-apa pasal “adik” dan sanggup beralah dengan laila. Tetapi laila lain sangat peel dia .. seboleh daya dia tak nak beralah , faham dan sentiasa tarik perhatian kita untuk melayan dia sebagai budak kecik macam mana budak kecik yang ada di depan mata dia. Faham tak ?

cemburu di kalangan anak-anak

Kelmarin saya jaga ariff sekejap ( baby boy dlm gambar tu , umur baru 1 tahun 2 bulan kot , baru pandai bejalan je ) Saya bawak main di taman .. ada dialog yang nampak sangat laila cemburu tahap paling tinggi.. hahaa ~

Ibuuu buai laila laju-laju

ye okay ibu buai laju-laju

lepas buai laila saya mengadap ariff balik sambil pujuk-pujuk ariff naik buai , ye lah budak kecik kan takut-takut sikit. Tau-tau laila jerit lagi.

Ibuuuu buai lah pelahan-lahan

Lah pulak ? okay ibu buai pelahan-pelahan.

lepas tu pusing balik tengok ariff , risau ariff jatuh ke apa ke .. dia kan kecik ..laila dah besar. Lepas dua tiga kali laila jerit-jerit benda yang sama. Saya cakap ..

laila buai sendiri lagi senang.

Laila jerit lagi ..

Ibuuu datang sini kejap .. ibu duduk sini .. ibu pegang laila .. laila duduk atas ibu .. tau !

Ya allah .. nampak tak ? laila cemburu tak kasi layan ariff sebenarnya .. so demi pujuk laila saya ajak main papan jongket pula. Dalam fikiran saya papan jongket ni boleh layan laila dengan ariff sekali .. dan dah tentu ariff kena duduk dekat dengan saya … laila duduk berhadapan .. jawapan laila …

Tak nak .. nak duduk di mana ariff duduk .. tempat laila dekat ibu sebab laila anak ibu ..

cemburu

Selepas beberapa minit pujuk baru laila okay … boleh main sama-sama , tapi kejap je .. mengamuk jugak laila akhirnya .. terpaksa panggil umi ariff datang ambik ariff ..

Phewww ~ acaner ?  tahun depan laila dah 4 tahun .. Husna 6 tahun .. Aliya pulak 9 tahun … wahhh .. anak-anak i dah besar belaka…  kawan-kawan ramai tak kawin lagi .. yang dah kawin pun baru ada sorang dua anak yang kecil-kecil :P

14 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *