Cara Buat Popcorn Di Rumah Senang Je !

Jaga-jaga ada 9 gambar tak agak-agak di dalam , sambil upload gambar sambil makan popcorn yang di buat sendiri , punya lah lama tunggu nak upload gambar ni , nasib line laju kalau line semput memang saya pun semput sekali juga , dah janji dengan pak angkat depa ni nak buat post pasal cara buat popcorn di rumah pelbagai perisa , ceh wahh pelbagai perisa lah sangat , saya tunjuk cara buat popcorn perisa caramel saja ye .. lain perisa korang memandai lah tambah okey !

cara buat popcorn di rumah

Gambar kat atas adalah round ke dua , nampak cantik kan ? tengok gambar di bawah pula , hangit sikit , itu kerana penyibuk ramai , bila pop corn tu berbunyi ” pop pop pop “ , anak-anak terkinja-kinja menjerit minta ibu dukung , nak tengok , ingat persembaham magic ke apa , sampai hangit pop corn den ! sungguh nak hangin , tapi tak jadi hangin ler dengan anak-anak tak sampai hati , tapi kali ke dua memang halau depa makan pop corn yang hangit tu di depan , baru selesa nak membuatnya. Pengajaran nya disini , jangan benarkan penyibuk duk dapur ketika buat pop corn LOL

una dan popcorn

Ok berbalik kepada cara buat popcorn di rumah ni , bahan-bahan yang perlu ada :

  • Biji jagung
  • Minyak
  • Planta
  • Gula untuk perisa karamel
  • Kuali atau periuk tinggi yang ada penutup

cara buat popcorn di rumah

Panaskan Minyak , agak-agak dalam 5 sudu gitu , mula-mula kuatkan api untuk panaskan minyak tu , lepas dah minyak panas , pelahankan semula api dan masukkan biji jangung. Biji jagung mesti agak-agak tak lebih tinggi dari minyak , kena sama rata.

cara buat popcorn di rumah

Tutup kan kuali dengan penututp dan biarkan semua biji jagung meletup , biasa korang akan dengar bunyi pop pop pop bukan k-pop tau !

cara buat popcorn di rumah

Makin banyak dan banyak yang meletup !

cara buat popcorn di rumah

Meletup lagi …

cara buat popcorn di rumah

Dan sampai penuh kuali dan bunyi pop tu dah tak ada , cepat -cepat angkat , kalau lambat hangit ..

cara buat popcorn di rumah

Lepas tu , dalam kuali yang sama , panaskan planta dan gula halus , planta 2 sudu , gula 2 sudu , masukkan dalam kuali , cair kan planta dan gula ,bila dah cair masukkan pop corn yang di angkat tadi dan gaul cepat-cepat untuk elakkan hangit ..

cara buat popcorn di rumah

Dan Taraa siap dah popcorn kita , boleh lah cuba makan pulak kan .. selain perisa karamel boleh buat berwarna , titik je pewarna tu dalam karamel , atau boleh buat bersalut coklat , boleh juga letak madu , ikut lah kreativiti masing-masing ..

Nyum-nyum .. nak balik kampung , blog bercuti lagi nampaknya ~

105 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *