Cabaran Mengadakan Sesebuah Pertandingan

Salam … Raya dah lepas , kontest duit raya lama dah lepas .. so sekarang saya masih lagi menguruskan hadiah-hadiah yang sepatutnya bertukar tangan πŸ™‚ , Saya sendiri pening pula dengan aktiviti ini , sebenarnya saya merancang untuk mengadakan kontest lain memandangkan dah lama produk misteri itu berada dalam simpanan saya .. produk misteri ??? saya tak mahu war-warkan lagi produk tersebut sehingga lah semua nya selesai ..

Ini lah cabaran sebenar untuk sesiapa saja yang ingin mengadakan kontest sebenarnya , hati kena cukup tabah , banyak kerja perlu di lakukan .Dari mencari penaja , melangsungkan kontest , memilih pemenang , menghantar hadiah dan juga tak ketinggalan berurusan dengan penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah , pelbagai ragam pun ada ..

Pelik juga cam mana orang boleh kutuk Denaihati kerana buat kontest tak lama dulu.. hehehe . Kerana untuk menjalankan sesebuah kontest perlukan komitmen yang tinggi ..

Saya suka buat kontest walau apa pun cabaran nya , entah kenapa .. ada banyak pengalaman buat kontest yang boleh di jadikan pengajaran dan pengalaman , walaupun ada kontest yang saya anjurkan tak menjadi , saya tak serik buat kontest ..

Sekarang ini kontes ke – 4 yang saya buat ..percaya tak ? juga ada pengalaman unik yang tak pernah orang dapat hahah.. tak mo cakap tak baik.. Buat kontest bukan lah untuk meraih traffic atau apa-apa cuma saya nak beri sesuatu kepada pembaca blog saya , sesuatu untuk di kenang , sesuatu untuk bersama-sama merasai kemeriahan dunia blogging , tapi itu lah ada sesetegah pihak mengeji kan ? tak pe.. bak kata lizarazak Kalau nak buat perkara baik abaikan apa orang kata Itu juga lah yang jadi pegangan saya dari dulu hingga sekarang ..

Senarai semak untuk mengadakan kontest

Tarikh mula dan tarihk akhir kontest.

Korang tahu lah kan kontest ni kalau lama sangat orang cepat bosan nak ikut , lagi-lagi kalau dah buat tu eloklah tetapkan tarikh nya .. biasanya tarikh tutup tu kalau di ubah kepada cepat sikit orang tak kisah , cuma kalau tarikh tutup di tunda .. perghh macam-macam andaian ada .. ye ke ? tepuk dada tanya selera .

Syarat Pertandingan.

Kalau boleh syarat tu jangan lah terlalu rumit. Saya sendiri sebelum join sesebuah pertandingan tak kira lah siapa yang membuatnya , sama ada syarikat besar atau pun tidak , saya tengok syarat-syarat dulu ,kalau susah saya abaikan je kontest itu ..setuju tak ? saya percaya ramai yang setuju ni.

Hadiah

Part nih , saya menulis dari pengalaman saya lah .. kalau nak buat pertandingan tanpa ada kepayahan seelok-eloknya hadiah nya adalah beri hadiah berupa duit atau cari penaja yang memberi duit..kenapa ? sebab duit senang boleh transfer terus kedalam akaun , terpulanglah kepada pemenang untuk membeli apa pun selepas itu kan ..

Atau kalau pun nak beri hadiah berupa barangan , boleh juga tapi tak boleh terlalu banyak barang , mcm saya sehingga strees di buatnya , terlalu banyak barangan , pemenang , tajaan yang hendak diuruskan buatkan kita pening bertambah buntu.

Pilih hanya satu atau tiga barang sahaja dalam satu2 masa , dan dah tentu pemenang nya pun satu hingga tiga orang pemenang dalam satu-satu masa, supaya semua apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar nya ..

Masaalahnya akan timbul bila:

  1. Pemenang tinggal di luar negara.
  2. Guna khidmat pos , kadang2 pemenang tak ada dirumah barang sampai ke kita balik.
  3. Pemenang tak alert dah terima tapi mendiamkan diri.
  4. Pemenang tak tahu pun dia menang hadiah.
  5. Penaja melarikan diri.
  6. Penaja sibuk untuk menguruskan hadiah.Penaja tidak berminat untuk memberi komitmen.
  7. Pembuat pertandingan sendiri tidak dapat memberikan apa dijanjikan.
  8. Pembuat pertandingan tidak memberikan 100% komitmen.
  9. Pembuat pertandingan sendiri rasa malas nak alert semua pemenang.

Semua di atas adalah cabaran yang harus diterima oleh sesiapa sahaja yang ingin mengadakan pertandingan . Kalau teringin nak buat jangan lah takut pula selepas baca artikle saya ini , saya cuma kogsikan pengalaman saya saja.. sekurang-kurangnya korang boleh bersedia untuk menempuhi cabaran ini sebelum mengadakan sesebuah pertandingan di dunia online ini.

sekian ,

35 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *