Buat Chezzy Wedges Di Rumah

Sekali sekala cipta kelainan dalam masakkan di rumah , pandai-pandai tambah bahan dalam masakkan buatkan masakkan itu lebih enak. Kali ni saya nak berkongsi cara buat Chezzy Wedges di rumah. Senang je ..dan yang paling penting anak-anak dan suami suka.

chezzy wedges yang dah siap

Penyediaan Potato Wedges

Tak beli pun frozen potato tu , sebab lebih tegoda tengok kentang yang besar-besar dan ukuran panjangnya tu , lagi pun kentang fresh lagi best. Potong dan kupas kulit seperti biasa. Bersihkan dan toskan. Setelah kering .. tabur sedikit garam dan lada hitam. Jika ada serbuk lada perasa jenis lada sulah tu lagi sedap.Gaulkan saja. Goreng dalam minyak panas.

kentang cheese

Penyedian Sos Chezzy / Cheese
tepung magic dan cheese powderSaya beli dari kakyong [Cheezy Magic] Sos keju halal yang di buat oleh orang muslim. Dan dengan cara yang sangat mudah ..sekelip mata .. campurkan satu sukatan cheese dengan satu sukatan air panas (sama banyak) dan hias serta makan ler sesuka hati.

salad kubis campur anggur

Salad kubis ni saya buat guna Mayonis khas untuk salad vegetarian (sayur) tapi saya tambah dengan buah anggur untuk menaikkan selera anak-anak untuk makan. Semua nya yang saya buat lincin anak-anak makan. Puas hati bila dapat hidangkan makanan yang anak-anak suka dan habis di makan.

Amacam ? best kan tengok gambar cheezy potato wedges ni .. harga lebih berbaloi dari di beli di restoran segera tu .. malas taip sini korang tau lah kan yang mana satu. Kalau nak boleh roger kakyong.com .. link ada di atas tu.

34 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *