Berapa kali buat ujian hamil ?

Saya sebenarnya masih tidak dapat menerima kenyataan bahawasanya saya akan mengandung kali ke – 4. Saya sebenarnya tidak merancang kerana waktu ni rasa macam nak fokos ke anak-anak yang bertiga tu je. Plan nak mengandung bila si laila dah mula bersekolah.

Kerana saya fikirkan nanti susah bila tiba masa saya bersalin , anak – anak tak ada orang uruskan. Lagi pun .. si anak sulung dah 9 tahun. Tak mungkin boleh berponteng lama-lama macam dulu. Dulu ye .. masa aliya tadika saya mengandungkan laila , aliya ponteng 2 bulan.

2013-03-31 10.20.26

Tapi perasaan normal orang -orang yang dah berkahwin dan mampu beranak ramai…. asal anak dah besar sikit mula terasa nak tambah ย anak sebab rindukan baby .. hahaha ….

Punya tak nak terima kenyataan ..

Semua tanda-tanda dah ada … tetapi masih tak nak terima hakikat saya mengandung. Lagi-lagi urin test asyik menunjukkan negatif sebanyak 5 kali. 5 kali tau .. tak pernah macam ni .. dulu-dulu semasa buat urin test untuk anak pertama sehingga anak ke tiga , sekali buat dah nampak positif tu …

Memandangkan period pun dah tak datang selama 4 bulan. Nak tak nak .. saya berusaha buat urin test .. akhirnya kali ke – 6 dan ke -7 dah nampak hasilnya positif. Percayalah macam-macam jenis urin test saya cuba termasuk pergi buat ujian di klinik swasta terdekat. Tetapi boleh tak nampak tu … balik kampung buat test yang ke 6 dan ke 7 baru nampak.

Antara tanda-tanda yang paling ketara kali ini :

  • Saya keletihan
  • Saya cepat marah
  • Saya loya waktu pagi
  • Saya kuat kencing dengan kerap
  • Saya tak lalu makan tapi lapar 24 jam
  • Saya kuat tidur
  • Saya sakit di bahagian payudara. Sensitif bangat.
  • Kaki bengkak kalau banyak berjalan.
  • Kadang-kadang teringin nak makan sesuatu , dah ada depan mata tak lalu nak makan.

Kelakar pulak bila teringat , waktu saya demam teruk , ramai kawan – kawan duk cakap saya preqnan , mati-mati saya sangkal ..dengan alasan urin test negatif , ada sekali lagi saya cakap loya waktu pagi , pun diorang syak saya mengandung tapi saya sangkal lagi.. Baru – baru ni , selepas balik dari Pangkor singgah rumah mak , mak tegur .. kaki nampak bengkak , saya balas .. kaki saya memang macam ni … hahaha itu sebelum buat urin test la … hadoi …. lepas 5 kali buat urin test , dah naik negatif je , hati punya gembira sebab tak lekak . Sambil bertekad nak jaga lepas ni .. haha .. kemain ย lagi … Tapi lepas tau dah lekat pun seronok juga ..

Semasa 5 kali buat ujian kehamilan , saya buat secara sembunyi. Tak nak bagi suami tau … yang ke 6 dan ke 7 dia tahu sebab dia yang minta saya buat urin test. Memandangkan petang tu duk termuntah-muntah .. betuah punya bini. Bukan apa , takut si ayah mengharap .. dia memang nak tambah zuriat ..

Yang pastinya pengalaman kali ini tak sama dengan pengalaman lepas , semua anak tak sama la … ย  baca sini — >ย http://puanbee.com/pengalaman-mengandung-alahan-dan-proses-bersalin-3-anak/

Tak tau la .. apa nasib akan datang .. cam mana nak uruskan anak-anak ni … harap2 di permudahkan lah .. tambah anak tambah rezeki… dan sekarang .. saya mengalami penyakit malas yang amat sangat , sampai kurang minat nak berblog pun.

27 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *