Apa itu ujian Pap Smear ? penting ke ujian Pap Smear ?

Terbaca di facebook mommy-mommy bertanyakan hal ujian pap smear , rata-rata takut nak pergi buat ujian pap smear walaupun telah menerima arahan dari jururawat bertugas.  Pernah lakukan ujian ini beberapa kali juga. Penting ke ujian Pap Smear ni ? bergantung pula dengan akibat jika kita tak buat ujian ini. Bagi saya penting …..

Apa itu ujian Pap Smear ?

ujian pap smear

  • Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

Bagaimana ujian Pap Smear di lakukan ?

  • Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:

  1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
  2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)
  • Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP SMEAR

Pentingke ujian Pap Smear ?

  1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
  2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.
  • Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

Dimana dan bila ujian ini boleh di lakukan ? 

  • Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih.
  • Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.

Pengalaman penulis.

– Mengikut pengalaman saya sendiri , selepas sahaja anda melahirkan anak , jururawat sendiri akan memberi tarikh temujanji untuk pesakit kembali datang membuat ujian Pap smear ini.

– Mengikut pengalaman saya juga , selepas melahirkan anak elok di buat ujian ini , sebelum anak dah besar .. agak liat juga nak menyerah diri buat ujian ini.

– Mengikut pengalaman saya juga, jika anda belum melahirkan anak , tetapi ingin lakukan ujian pap smear ini , anda boleh terus ke klinik ibu dan anak dan buat temujanji untuk lakukan ujian pap smear , jika nak lagi selesa boleh pergi ke klinik swasta .

– Penting tak penting , penting juga laaa .. kerana ianya dapat mengelakan kita mendapat penyakit yang di kategorikan no 1 menyerang wanita iaitu kanser pangkal rahim.

Sedikit info dan maklumat di dapati DISINI

Related :

  1. Resepi Jus Beet Root Untuk Diet Yang Sihat
  2. Kita yang bertuah 
  3. Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali
15 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *