Anak dan Teknologi

Mungkin di sebabkan ibu nya seorang blogger yang terdedah dengan dunia teknologi dan gadget , jadi anak-anak turut sama suka dengan teknologi dan gadget ni. Saya ada pengalaman dengan anak-anak yang telebih suka dengan gadget ni. Laptop saya telah beberapa kali rosak apabila anak-anak keterlaluan bermain laptop. Percaya lah .. anak saya masih kecil dan berminat sangat. Kamera DSLR , Smartphone , Laptop , Tablet .. semua mereka dah pun mula berjinak-jinak menggunakan nya , walaupun saya tak pernah ajar mereka.

kanak-kanak suka gadget

Dating dengan blogger semalam , hubungan erat di luar talian. Lebih senang begitu …. BLOG KONGSIBERSAMANORA

Dulu tak ada password untuk kesemua gadget saya , sekarang semua kena letak password dah la tu .. kena letak password panjang berselang seli antara huruf + nombor. Kalau guna password biasa-biasa seolah-olah tak pakai password , diorag pandai .. ada cara untuk dapatkan password tu ..

Antaraya hafal apabila ibu buka password dengan menyorok di belakang ibu. Sunguhh grrrr jugak. Bila dah dapat password mereka tak henti-henti men install game dan applikasi. Diorang tahu di mana nak install applikasi itu sama ada iphone , google play dan juga window 8. Diorang tahu . Berbeza ayah pula semua tanya ibu dia macam mana nak guna smartphone.

kisah anak-anak suka gadget

Entah la orang lain macam mana , tapi untuk anak saya memang saya kawal , dulu mula-mula saya kurang kawalan .. mereka seolah-olah tak boleh fokos ke benda lain. Mata tertumpu pada gadget walau tengah makan berjalan. Jadi sekarang saya kawal .. main di atas kebenaran ibu sahaja. Semasa keluar dari rumah atas sebab nak anak duduk diam. Atau dah memang tak ada permainan lain atau kawan untuk bermain.

Kalau tak tegas bahaya oiii .. pernah anak hantar mesej di app line , beri tahu ibu tak ada pergi klinik dan ayah tidur .. bahaya tak ?

eii seram .. sekarang kena pantau.

Rasanya nak hantar diorang ni ke kelas komputer dan jadi programer komputer je. Dah minat sangat kan .. salurkan ke arah positif .. insyallah.

25 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *