Allhamdulillah – Mohamad Adam Rizqi

Allhamdulillah , memori tercipta apabila selamat melahirkan anak ke lima kami. Selamat datang Mohamad Adam Rizqi.

Masa berlalu cukup pantas . Petang sakit pinggang sikit , ibu sempat menjahit lebih 50 getah rambut. Kemudian pergi hospital sungai buloh. Esoknya adam selamat di lahirkan. Normal dan ada sedikit jahitan. Allhamdulillah selamat walaupun ada sedikit kompilasi. Adam terlalu besar sehingga sangkut bahunya.

Sekarang usia adam dah pun masuk 41 hari dah. Allhamdulillah ibu dan anak sihat. Ibu dah mula nak menjahit semula. Dan kerja kerja blog pun di teruskan seperti biasa.

Gambar2 di instagram banyak ..  🙂


Update di fb pada 12/3 .. haa lawak.. sakit sikit saja ..tu lupa.

sempat lagi update jahitan terakhir .. hik2

Dan taraaa  dah selamat … banyak sangat doa dan ucapan dari kawan. Terima kasih kerana doakan kesihatan saya dan anak.  Sokongan kawan-kawan sangat bermakna pada saya.

Adam suka menangis tau .. kalau dia tidur tu kira untung lah .. tapi masih lagi ibu cuba menyesuaikan diri dengan anak kecik dan kerja menjahit ibu. Cuba curi masa.. amat payah rupanya. huwaaa .. adam nangis.. ibu nangis jugakkk ..

 

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *