Aku dan UTC Kuala Lumpur (Puduraya)

Dulu puduraya lepas tu Pudu Sentral , kini UTC. Puduraya dah tukar nama dan wajah. Pernah tak sampai ke UTC ni ? saya baru pergi dua kali , hantar mak naik bas dari Kuala Lumpur ke Perak. Masuk je pintu UTC / Puduraya ni memang terasa terpegun dan bangga seketika. Wajah UTC tak serupa terminal bas pun. Nampak sangat selesa dan menarik. Selain dari tu banyak lagi kemudahan yang di sediakan oleh pihak kerajaan.

SEMAK KWSP DI UTC KUALA LUMPUR

Kenangan saya dengan puduraya dulu … saya biasa la naik bas di puduraya , sebelum ada kereta dan anak-anak bertambah .. mesti bau asap dan minyak tau .. tempat menunggu tu penuh bau asap rokok. Panas dan terlalu ramai orang .. tapi kali ni dah macam ada di lapangan kapal terbang pun ye. Kadang-kadang kerusi menunggu tu penuh , penyeluk saku berleluasa .. ye lah tempat ramai orang sesak dan agak kelam kabut,  itu dulu laaa …

Kelmarin selepas hantar emak naik bas. Saya bejalan-jalan di dalam UTC .. Saya hendak buat semakkan KWSP di kiosk yang di sediakan di UTC. Masukkan ic tetapi cip kad pengenalan rosak. Jadi saya tak dapat la nak tengok baki KWSP saya ..dah lama tak bekerja pun .. saja je nak tengok .. Suami tengok saya pun juga .. hehehee … boleh lah di terima pabila cip Mykad tu rosak , dah hampir 9 tahun saya guna ic tu.

Mykad baru  / ic baru / kad pengenalan baru

Lepas tu begerak ke depan sikit , ada pejabat urusan pendaftaran peniagaan lepas tu ada jabatan pendaftaran negara . Suami terus cakap ..tu .. pergi buat ic baru .. saya masuk dan buat ic baru ..bayaran cuma RM10 dan boleh siap dalam masa satu hari. Jam menunjukkan 8.15 pm. Boleh buat ic dalam masa satu hari dan waktu malam. Bagus kan ? Esoknya saya minta suami tolong ambil kan MyKad baru saya di UTC .. amboi senang nya hidup. :)

Teringin nak tengok pusat aktiviti belia nya pula , di khabarkan ada aktiviti wall climbing dan studio  aerobik  .. tetapi cuma satu je .. jalan untuk ke UTC ni sesak tak hengat punya. Jam berapa pun mesti sesak la .. masa tak sesak adalah semasa hari perayaan dan cuti panjang jek.. Lain pada tu jalan raya di kawasan itu tak pernah sunyi. Kalau saja-saja nak pergi memang tak la …

Info mengenai UTC :

  • UTC Kuala Lumpur mula di lancarkan pada 22 september 2012.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bangunan Pudu Sentral yang dulunya Hentian Puduraya akan dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL).
  • Menerusi pengenalan UTC KL itu, warga kota kini boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat , cukai , urusan MyKad, pasport dan beriadah sama ada wall climbing, senaman aerobik mahu pun futsal.
  • Perdana Menteri turut melancarkan Kedai Buku 1Malaysia yang pertama di negara ini iaitu terletak di tingkat satu bangunan tersebut.
  • Ia merupakan UTC kedua selepas UTC pertama diwujudkan di Jalan Hang Tuah, Melaka.
19 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *